10 maut, 30 cedera bas terhumban dalam sungai

Iklan
Bas dalam perjalanan dari Polonnaruwa yang menuju ke Kaththankudy di timur Sri Lanka, terhumban ke dalam sungai pada Ahad. Foto: media sosial

COLOMBO - Sekurang-kurangnya 10 penumpang terbunuh dan lebih 30 cedera selepas bas yang dalam perjalanan dari Polonnaruwa yang terletak di wilayah tengah menuju ke Kaththankudy di timur Sri Lanka, terhumban ke dalam sungai, pada Ahad.

Bas itu melanggar Jambatan Kotaleeya di Manampitiya sebelum terhumban ke dalam Sungai Mahaweli, kata jurucakap polis Nihal Thalduwa, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mayat mangsa dan mereka yang cedera dibawa ke Hospital Polonnaruwa.

Laporan awal mendapati kecuaian pemandu menjadi punca kepada nahas itu. - Bernama

Iklan
Iklan