Placell inovasi bunga lotus

Iklan
Shielawati bersama Placell.
BUNGA lotus atau dikenali seroja merupakan sejenis tanaman yang hidup kawasan berlumpur dan kolam. Ia merupakan bunga khas bagi negara India dan Vietnam yang memiliki beberapa nama ilmiah seperti nelumbo nucifera, nelumbium nelumbo, nelumbo speciosa dan nelumbium speciosum.

Bagi masyarakat tempatan, lotus juga dipanggil sebagai teratai tetapi ia mempunyai banyak perbezaan. Antaranya ialah lotus memiliki kelopak bunga lebar dan tidak teratur selain daun bunga lotus tumbuh ke atas.

Malahan, lotus juga dikenali dengan pelbagai nama lain antaranya sacred water lotus, sacred lotus dan chinese arrowroot manakala teratai dikenali sebagai water lily.

Seiring dengan peredaran zaman, lotus yang dahulunya sebagai tanaman hiasan, makanan haiwan dan bahan masakan, ia mula diinovasikan untuk kegunaan dalam bidang kecantikan dan makanan tambahan.

Menyedari hakikat itu, pengasas Beyond3 Wealthy Health Beauty, Shielawatie Ahmad menginovasi bunga tersebut sebagai bahan utama dalam makanan tambahan yang dikenali sebagai Placell.

Beliau berkata, selain menjaga pemakanan, kebanyakan wanita turut memastikan pengambilan air kosong dua liter sehari agar toksin dapat dinyahkan daripada badan. Pengambilan makanan tambahan dapat membantu tubuh agar lebih cergas dan sihat.

"Di Jepun, bunga lotus digunakan secara meluas dalam produk kecantikan mereka disebabkan kebaikannya. Namun di Malaysia ia masih kurang dikenali.

"Jadi saya mula terfikir membawa produk makanan tambahan dengan bahan lotus untuk membantu kulit dan tubuh. Alhamdulillah ia terlaksana apabila Placell kini berada di pasaran,” katanya ketika ditemubual di Bangi baru-baru ini.

Beliau berkata, lotus yang diimport akan digabungkan dengan beberapa bahan lain yang diperoleh daripada pasaran tempatan.

"Placell mengimport lotus dan dihasilkan menggunakan teknologi Jepun. Ia diformulasikan dan dikilangkan di negara ini,” katanya.

Placell gabungan

tumbuh-tumbuhanSheilawatie berkata, sebelum menghasilkan Placell, beliau terlebih dahulu menjalankan kajian mengenai lotus kerana mahukan kelainan berbanding produk lain yang kebanyakan menggunakan buah-buahan.

"Saya dapati lotus mempunyai pelbagai kebaikan dan banyak digunakan untuk produk kecantikan. Saya pula mahu menghasilkan produk lain dengan menggunakan lotus.

"Akhirnya saya mengambil keputusan menghasilkan produk makanan berasaskan lotus. Selain lotus, terdapat beberapa bahan lain yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan seperti pegaga dan tomato putih, buah durian belanda dan tidak ada unsur haiwan,” katanya.

Beliau berkata, produk makanan tambahan, pegaga dan bunga lotus mempunyai kebaikan untuk kulit dan tubuh.

"Selain sebagai pemakanan harian, ulam-ulaman juga boleh dijadikan jus dan produk luaran untuk mencantikkan wajah,” katanya.

Beliau berkata, syarikatnya mengambil masa selama enam bulan untuk melakukan pembangunan dan penyelidikan bagi menghasilkan Placell untuk memastikan ia berkualiti.

"Kami dapati gabungan bahan-bahan ini membantu sistem badan. Malahan, Placell menjadi produk makanan tambahan pertama di negara ini yang menggunakan lotus dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan mempunyai sijil Halal,” katanya.

Beliau berkata, pada September 2018, Placell berada dalam pasaran dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.

"Placell mampu terjual 2,000 unit dalam tempoh yang singkat. Kami juga menerima maklum balas yang positif daripada pelanggan dan ada antara mereka membeli untuk kali kedua dan kini terus menggunakan Placell,” katanya.

Placell ke luar negara

Selain fokus untuk pasaran tempatan, Shielawatie juga akan mengeksport Placell ke luar negara kerana mendapat permintaan terutamanya di pasaran Asia Tenggara.

"Setakat ini, Placell sudah berada di pasaran Indonesia, Thailand dan India. Kami berkeyakinan untuk terus berkembang di pasaran antarabangsa tetapi produk ini perlu lebih dikenali dalam pasaran tempatan,” katanya.

Beliau berkata, syarikat juga mengunjurkan jualan Placell adalah 20,000 unit menjelang akhir tahun ini didorong oleh strategi pemasaran yang agresif dan memperkuatkan platform atas talian.

"Kami juga menjangkakan penambahan ahli menjelang akhir tahun ini dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada mereka yang berjaya mencatatkan jualan tertinggi.

"Kebanyakan ahli kami menjadikan jualan Placell sebagai pendapatan sampingan sahajanamun mampu mencatatkan jualan lima ke enam angka. Kami berkeyakinan dengan rancangan yang kami aturkan, sasaran jualan kami akan mampu dicapai,” katanya.

Shelawatie berkata, syarikatnya juga merancang untuk mengeluarkan dua produk baharu dalam masa terdekat antaranya tuala wanita.