PELUMBA sensasi, Max Verstappen berada dalam landasan terbaik untuk meraih gelaran ketiga Formula Satu (F1) setelah mengungguli Grand Prix British pertamanya di Silverstone, pada malam Ahad.
Lebih manis kejayaan tersebut menyamai rekod kemenangan ke-11 berturut-turut buat pasukan Red Bullnya.
Iklan
Iklan
Ia juga adalah kemenangan keenam berturut-turut, kelapan daripada 10 perlumbaan dan ke-43 dalam karier Verstappen sebagai pelumba Red Bull sekali gus menyamai pencapaian McLaren yang memenangi 11 perlumbaan berturut-turut pada 1988.
Kejayaan tersebut meletakkan juara dunia dua kali itu di hadapan rakan sepasukan, Sergio Perez dengan perbezaan 99 mata.
Dalam perlumbaan yang mendebarkan itu, Verstappen 3.7 saat di hadapan Lando Norris dari McLaren yang berjaya mengatasi juara tujuh kali dari Mercedes, Lewis Hamilton di kedudukan ketiga.
"Saya melakukan sedikit drifting pada Khamis dan hari ini (Ahad) saya rasa seperti melakukannya sekali lagi!.
"Kami akan menelitinya kerana ia tidak begitu baik dan saya juga mempunyai permulaan yang buruk,” kata Verstappen.