[VIDEO] Sempat peluk isteri sebelum ke penjara

Iklan

KOTA TINGGI - Suasana pilu menyelubungi kamar Mahkamah Sesyen Kota Tinggi pada Isnin, apabila seorang lelaki yang mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan samun di Felda Air Tawar 4, di sini, 2 Julai, lalu, sempat bertemu dan memeluk isterinya setelah hukuman dijatuhkan.

Tertuduh, Nazry Mohamad Mokhtar, 37, yang juga bapa kepada empat anak berusia sembilan, lapan, enam dan tiga tahun berdepan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan setelah mengaku salah melakukan samun dengan menggunakan parang dan mencederakan seorang wanita warga emas berusia 60 tahun di Felda Air Tawar 4 pada 2 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Nazry dituduh melakukan rompakan terhadap wanita berkenaan sekitar 12.40 tengah hari pada 2 Julai lalu hingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Nazry dituduh bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun atau dikenakan hukuman denda atau sebat.

Iklan

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Irsyad Mardi mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukannya merupakan kesalahan serius.

Bagaimanapun, peguam bela, Hilmi Sulaiman Salahuddin dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon hukuman dikurangkan berikutan tertuduh hanya bekerja di kebun kelapa sawit dengan pendapatan RM1,500 sebulan selain menyara kedua orang tuanya.

Iklan

Hakim Mahkamah Sesyen, Hayda Faridzal Abu Hasan kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan dari tarikh tertuduh ditangkap.

Tertuduh diiringi polis di Mahkamah Kota Tinggi pada Isnin.