Prestasi cemerlang Selangor jadi modal kempen PRN

Iklan
Rodziah dan Fahmi pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Bilik Gerakan Utama PKR DUN Batu Tiga

SHAH ALAM - Prestasi cemerlang Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sejak tiga penggal lalu akan digunakan sebagai modal kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pusat, Rodziah Ismail berkata, kejayaan dalam pertumbuhan ekonomi wajar dijadikan model kepada negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) termasuk bagaimana Selangor menangani isu dengan baik dan tuntas.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pendekatan tersebut juga wajar digunakan bagi meraih sokongan pengundi di negeri ini yang rata-rata terdiri daripada golongan profesional dan berpendidikan tinggi.

"Kalau orang tanya kenapa ambil Selangor (sebagai contoh), kita lihat masalah yang berlaku dalam negara, Selangor juga tidak terkecuali.

Iklan

"Tetapi yang buktikan kebaikan Selangor adalah kita tangani banjir, masalah Covid-19 secara tuntas dan ia dapat diselesaikan sebaik mungkin,” ujarnya

Rodziah yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga di sini.

Iklan

Pelancaran jentera dan bilik gerakan itu disempurnakan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.