Wanita warga emas simbah asid direman empat hari

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Khamis

GOMBAK - Seorang wanita warga emas yang disyaki menyimbah asid terhadap sepasang suami isteri di sebuah pangsapuri di Batu Caves, di sini direman empat hari.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, reman suspek berusia lingkungan 60-an itu bermula Isnin.

Iklan
Iklan

"Berkenaan motif kejadian, perkara itu masih dalam siasatan polis," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sebelum itu, melaporkan wanita terbabit ditahan dalam satu serbuan di sebuah taman perumahan sekitar Rawang, pada jam 4.20 petang, Ahad.

Iklan

Khamis lalu, Sinar Harian melaporkan, seorang warga emas bersama suami yang juga pengusaha kedai roti naan menempuh detik cemas apabila disimbah asid semasa memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, Gombak.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian itu tular di media sosial selepas dimuat naik seorang individu yang mengaku sebagai kenalan mangsa.

Iklan

Video berkenaan memaparkan seorang suspek berdiri berhampiran mangsa dan anaknya semasa mereka sedang menunggu lif sebelum menyimbah cecair dipercayai asid sejurus mereka memasuki lif.

Laporan kejadian itu diterima polis pada jam 3.10 pagi, 4 Julai lalu.

Mangsa iaitu seorang wanita tempatan berusia 60 tahun dan suaminya warganegara Pakistan telah menerima rawatan di Hospital Selayang.