Pembuatan bot tradisional

Iklan

Pengusaha bot tradisional Yusof Nawi, 52, melakukan kerja-kerja pembuatan bot tradisional ketika ditemui foto Bernama di Kampung Seberang Tumbuh hari ini.

Walaupun industri pembuatan bot di negeri ini telah mengalami perubahan dengan penggunaan teknologi moden namun, masih ada segelintir pengusaha yang memilih bertahan dengan kaedah tradisional.

Iklan
Iklan

Yusof berkata beliau telah berkecimpung dalam industri pembuatan bot tradisional selama 35 tahun yang diwarisi daripada bapa serta arwah datuknya.

Menurut Yusof, tempoh antara dua hingga dua tahun setengah diperlukan untuk menghasilkan sebuah bot, bergantung kepada saiz serta jenis bot yang diminta pelanggan.

Iklan
Iklan

Setakat ini, sebanyak 10 buah bot nelayan tradisional yang berukuran antara 18 hingga 20 meter telah dihasilkan menggunakan kayu cengal dan sebagainya.