Tun M sambut ulang tahun ke-98

Iklan
Dr Mahathir

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-98.

Perkara itu dikongsikan pembantunya, Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurut Adam Mukhriz, angka itu antara satu tahap umur yang tidak ramai orang boleh melepasinya.

"Tun dah faham sangat tanah air yang tercinta ini yang mana generasi hari ini tidak faham kenapa Tun masih berjuang sehingga hari ini untuk negara bangsanya,” katanya dalam siaran di Facebooknya pada Isnin.

Iklan

Bagaimanapun, menurutnya, orang ramai suatu hari nanti pasti akan memahami perjuangan yang dibawa oleh bekas Ahli Parlimen Langkawi itu.

Adam Mukhriz bersama Tun M - Foto: Facebook Adam Mukhriz

"Selamat hari jadi, Tuan. Saya akan selalu berjalan seiring dengan Tun sampai bila-bila yang mana saya akan kenang ke akhir hayat saya,” jelasnya.

Iklan

Dr Mahathir merupakan bekas Perdana Menteri ketujuh sebelum meletak jawatan pada 2020.

Anak jati Seberang Perak, Alor Setar itu mencipta sejarah tersendiri setelah dilantik perdana menteri sebanyak dua kali dan kali pertama ialah selama 22 tahun (1981-2003) sekali gus menjadi pemimpin paling lama berkhidmat.

Pada 9 September 2016, Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah memberikan kelulusan terakhirnya untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baharu menjadikannya parti politik rasmi.

Mahathir menjadi pengerusi parti itu dan pada 8 Januari 2018, Mahathir diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan dan bakal dilantik Perdana Menteri untuk pilihan raya 2018, dalam rancangan untuk mengampuni Anwar Ibrahim dan menyerahkan peranan kepadanya jika berjaya.

Bagaimanapun, selepas perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari selepas 21 bulan mentadbir negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik Perdana Menteri kelapan.

Kemudian pada Mei 2020, beliau digugurkan keahlian Bersatu dan menubuhkan parti baharu iaitu Parti Perjuang Tanah Air (Pejuang) pada Ogos 2020 malah melantik dirinya sebagai Pengerusi Pejuang manakala presiden, ialah anaknya, Datuk Seri Mukhriz.

Dr Mahathir merupakan calon Gerakan Tanah Air (GTA) mewakili PEJUANG bertanding bagi kerusi Parlimen P4-Langkawi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.