Toyo Proxex TR1 kini di Malayisa

Iklan
Proxes TR1 boleh dibeli di seluruh Malaysia dari 74 pusat Jualan dan Perkhidmatan Setempat Toyo Tyres, yang menawarkan peralatan otomotif yang canggih, ruang parkir yang luas, dan bilik menunggu berhawa dingin.

TOYO Tyre melancarkan tayar Toyo Proxes TR1 untuk pasaran Malaysia secara rasmi baru-baru ini.

Presiden dan Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales And Marketing Malaysia Sdn Bhd, Tan Song Chye berkata, Proxes TR1 adalah versi terbaharu daripada siri tayar prestasi Sporty Ultra yang disasarkan untuk menyampaikan pengalaman menyeronokkan bagi peminat permotoran dan pemilik kereta sedan sports.

Iklan
Iklan

Proxes TR1 merupakan versi terkini dalam siri tayar prestasi Ultra Sporty Toyo yang direka khusus bagi mereka yang mahukan pengalaman pemanduan menarik, sama ada di litar lumba mahupun jalan raya biasa.

"Di Malaysia, tayar-tayar ini boleh didapati dalam 24 saiz, merangkumi 15 hingga 19 inci diameter rim dengan harga pasaran antara RM199 hingga RM800 seunit, bergantung kepada saiz tayar,” katanya.

Iklan

Binaan tayar ini terdiri daripada tiga ciri iaitu lapisan atas yang bergulung bagi menyokong kestabilan ketika pengendalian permukaan basah dan kering. Lapisan keluli berketegaran tinggi pula untuk meningkatkan pengendalian dan kestabilan arah.

Sementara lapisan terakhir bahan manik berkepadatan tinggi bagi memberikan tindak balas linear lebih baik dan tahan lama.

Iklan

Menurut Song Chye lagi, bersempena dengan pelancaran Proxes TR1, pengguna akan dihadiahkan sebuah beg Targus bernilai RM109 dengan setiap pembelian satu set tayar Proxes TR1 (empat biji tayar) sepanjang Mei ini sementara stok masih ada. Toyo Tires di Malaysia diniagakan di bawah nama Toyo Tyre Sales And Marketing Malaysia Sdn Bhd, sebuah anak syarikat kepada Toyo Tire Corporation Jepun.