'Saya tahu kekurangan diri saya' - Nadeera Zaini

Iklan
Nadeera (tengah) ditenangkan pengacara Elly Mazlein ketika sebak mengenangkan kecaman melampau warganet terhadapnya. -FOTO: AZRUL RAFIE (ASTRO)

DI SEBALIK kejayaannya merangkul gelaran Juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini mendedahkan pernah menerima kecaman melampau daripada warganet berkenaan penampilannya pada minggu ketiga program terbabit.

Meskipun cuba bersikap positif dan menganggap ia sebagai asam garam dunia hiburan, Nadeera atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini, 30, mengakui berasa tersinggung dengan kata-kata hinaan yang tergamak menyamakan wajahnya dengan haiwan.

Iklan
Iklan

"Namun apabila saya lihat semula gambar-gambar dalam telefon dan muncul pula notifikasi berkenaan kecaman melampau itu, saya rasa sangat sedih dan terus menangis.

Nadeera

"Saya sangat pantang apabila orang mengecam atau bergurau soal rupa paras kerana semua itu adalah ciptaan Allah. Saya tahu kekurangan diri saya, tetapi tidak perlulah sampai menghina saya sebegitu.

Iklan

”Saya nak tanya balik kepada mereka, kalaulah ia terjadi pada ahli keluarga atau diri anda sendiri, apa yang anda rasa,” soalnya dalam nada sebak.

Dalam pada itu, Nadeera yang pernah beberapa kali sebelum ini menyertai program realiti televisyen, malah tiga daripadanya diangkat sebagai juara, mengakui masih belum mendapat peluang terbaik untuk menyerlah dalam industri.

Iklan

Justeru kemenangannya dalam program Big Stage 2023 yang baru sahaja melabuhkan tirai pada Ahad, dianggap sebagai titik tolak terbaik untuk memulakan langkah baharu dalam perjalanan seninya.

"Memang benar saya sudah beberapa kali menyertai pertandingan nyanyian dan pernah juga bergelar juara tetapi saya masih juga berada pada tahap yang sama.

Nadeera ketika melakukan persembahan dalam program Big Stage 2023.

"Saya percaya rezeki tidak akan salah alamat, cuma waktunya sahaja yang kita tidak tahu sama ada cepat atau lambat. Insya-ALLAH peluang kali ini akan saya gunakan dengan sebaiknya dan belajar daripada pengalaman lalu.

"Alhamdulillah kali ini saya sudah jumpa dengan satu pasukan yang sangat bagus dan tahu apa yang saya mahukan. Saya tidak akan berhenti atau berdiam diri lagi, sebaliknya mahu terus fokus menghasilkan karya untuk mereka yang menghargai bakat saya selama ini,” ujarnya yang bakal dengan single baharu dalam masa terdekat.