Hujan lebat korbankan 34 orang di India

Iklan
Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) India menyelamatkan nelayan dari sungai Narmada yang deras selepas hujan lebat di Jabalpur pada Isnin. - Foto AFP

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 34 orang maut di negeri Uttar Pradesh di utara India akibat hujan lebat dan petir dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Xinhua memetik All India Radio (AIR) pada Isnin.

Lima orang lemas di daerah Raebareli dan empat lagi di daerah Bareilly, manakala kematian akibat petir dan hujan lebat turut berlaku di Muzaffarnagar, Kaushambi Etah, Kannauj, Budaun, Ghazipur, Jalaun dan Kanpur Dehat.

Iklan
Iklan

Jabatan cuaca telah mengeluarkan amaran oren untuk beberapa daerah dan sekolah serta kolej di beberapa daerah telah ditutup.

Menurut Jabatan Meteorologi India (IMD), Uttar Pradesh mungkin mengalami hujan lebat dan sangat lebat dari Isnin hingga Rabu.

Iklan

Sementara itu, 12 orang terbunuh di utara India akibat hujan monsun lebat, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik saluran televisyen India NDTV pada Ahad.

Di New Delhi, lebih banyak hujan direkodkan dalam satu hari adlam tempoh 40 tahun, dengan curahan hujan sebanyak 15.3 sm.

Iklan

Menurut Perkhidmatan cuaca, hujan lebat diramalkan akan terus melanda pada hari-hari berikutnya, memaksa penduduk berhadapan jalan raya yang dinaiki air, kesesakan lalu lintas dan bekalan elektrik terputus.

Hujan lebat yang mencetuskan banjir dan tanah runtuh merupakan perkara biasa semasa musim tengkujuh di Asia Selatan yang kebiasaannya berlaku dari bulan Jun hingga September.

Pada masa yang sama, hujan penting untuk pertanian yang menjadi punca rezeki penduduk. - Bernama-dpa