Pahamin pernah keluar dakwah 40 hari di Selatan Thai

Iklan
Cik Wan Hilmy (dua dari kiri) bersama Allahyarham Pahamin (dua dari kanan) dan rakan-rakan.- Foto Facebook Maulana Helmi

SHAH ALAM - Pemergian bekas Pengerusi AirAsia Bhd, Datuk Pahamin Rajab pada Sabtu akibat serangan jantung mengundang rasa sedih orang ramai terutama sahabat yang pernah bersama-sama menjalankan aktiviti dakwah.

Pendakwah terkenal, Cik Wan Hilmy Wan Mohamed atau lebih dikenali sebagai Maulana Helmi menerusi hantaran di Facebook pada Ahad mendedahkan sisi berbeza Allahyarham yang aktif dalam dunia dakwah.

Iklan
Iklan

"Allahyarham pernah keluar 40 hari di perkampungan komunis Malaya di Selatan Thai bersama sahabat yang lain. Dengan kami pernah keluar Rehlah di Masjid Bukit Malut, Langkawi.

"Detik permulaan Allahyarham ikut keluar berdakwah dan beriktikaf di masjid memang merisaukan anak-anaknya, namun Allahyarham tetap ingin pergi bersama jemaah lain walaupun prasarana masjid dan surau kadangkala kurang selesa," katanya.

Iklan

Wan Hilmy berkata, beliau sendiri pernah melihat Allahyarham beriktikaf dan tidur di koridor masjid sahaja.

"Bila kami tanya pada beliau, Datuk okay ke mujahadah macam ini?

Iklan

"Katanya, sebagai ahli korporat, dah biasa menerima layanan ala VVIP, karpet merah dan sebagainya namun, pada usia senja ini nak cari jiwa kehambaan semula sebelum berjumpa dengan Pencipta,” ujar beliau.

Allahyarham Pahamin

Katanya, beliau juga sempat melihat gambar Allahyarham di Facebook yang sedang menunaikan haji di Tanah Suci Makkah selain berasa terkilan kerana tidak sempat bertemu buat kali terakhir.

Jelasnya, beliau kagum melihat nama Allahyarham tersenarai sebagai antara jemaah yang bakal keluar berdakwah selama 40 hari pada Julai ini.

"Masya-ALLAH, Allahyarham meninggal dunia selepas selesai tunai haji dan masih dalam azam serta niat untuk keluar berdakwah.

"Mudah-mudahan Allahyarham dikurniakan ALLAH dengan husnul khatimah serta ditempatkan bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin di Illiyyin sana,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Pahamin A Rajab

Leona luah rasa sedih pemergian datuk kesayangan

'Tidak akan ada AirAsia tanpa Pahamin' - Fernandes

Pahamin Rajab meninggal dunia alami serangan jantung