PH perlu guna kuasa 'dipinjamkan' sebaik mungkin

Iklan
Wan Fauzuldin Wan Samad

KUANTAN - Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) diminta menggunakan kuasa yang 'dipinjamkan' pada Pilihan Raya Umum (PRU14) sebaik-baiknya oleh barisan kepimpinan negara dengan menitikberatkan kepentingan rakyat.

Naib Ketua Cabang PKR Paya Besar, Wan Fauzuldin Wan Samad berkata, kegagalan kerajaan PH menggunakan kuasa yang diamanahkan ini, mungkin akan menjadi penyebab PH tumbang dalam PRU15.

Iklan
Iklan

Menurutnya, PH sudah bekerja kuat dan sanggup berkorban berpuluh tahun untuk dapatkan kuasa, tetapi apabila diberi peluang, kepimpinan tidak tahu menggunakannya.

"Gunakan kuasa yang dipinjamkan kepada kita ini sebaik mungkin. Kita tidak perlu untuk menjadi kerajaan Malaikat, tetapi jangan kita menjadi kerajaan Syaitan.

Iklan

"Kuasa yang ada ini perlu digunakan untuk kepentingan rakyat dan dengan kuasa itu juga kita perlu bertindak tegas kepada mana-mana pihak atau individu di dalam kerajaan yang cuba untuk mensabotaj usaha baik yang kita rancang," katanya dalam satu kenyataan pada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, walaupun terdapat pendirian politik, namun sebagai kakitangan kerajaan mereka tidak boleh mensabotaj usaha dan dasar-dasar kerajaan.

Iklan

"Kita tidak boleh singkirkan mereka hanya kerana mereka tidak menyokong PH, tetapi kita wajib singkirkan mereka sekiranya mereka tidak patuh kepada dasar-dasar kerajaan PH.

"Cukuplah setahun kita memberi peluang kepada mereka untuk memahami dasar-dasar kerajaan dan reformasi yang mahu kita tegakkan. Kini tiba masanya kerajaan perlu bertindak tegas kerana kita bertanggungjawab kepada rakyat yang memberikan mandat," katanya.

Dalam pada itu, Wan Fauzuldin berkata, menangguhkan manifesto kerana disebabkan alasan tertentu bukan bermakna memungkiri janji.

Katanya, namun bukan semua manifesto PH ditangguhkan, sebaliknya ada sebahagian daripada juga sudah dilaksanakan, sedang dilaksanakan dan akan dilaksanakan.

"Malangnya, kita sedikit lemah di dalam menyalurkan maklumat tentang pencapaian. Rata-rata masyarakat di luar sana tidak tahu apa yang telah kita lakukan dan sedang kita lakukan.

"Maka, tidak pelik jika mereka menyatakan apa kelebihan PH berbanding UMNO atau BN selain dari mengheret beberapa pemimpin UMNO ke mahkamah? Kita kena terima hakikat bahawa kita masih lemah di dalam menggunakan media arus perdana untuk menyalurkan maklumat yang tepat," katanya.