CATHERINE Pugh meletak jawatan Khamis lalu kerana sesuatu yang amat malang.
Beliau dikatakan menyalahgunakan kuasa kerana menggunakan pengaruhnya untuk menjual buku kanak-kanak hasil karyanya sendiri!
Skandal itu terbongkar apabila akhbar Baltimore Sun melaporkan jualan buku kanak-kanak ‘Healthy Holly’ telah membangkitkan persoalan etika dan perundangan, lapor portal Layarminda.
Buku yang memaparkan watak seorang kanak-kanak perempuan bernama Holly yang mengamalkan pemakanan sihat dan senaman itu amat bagus sebagai bahan bacaan. Tetapi yang menjadi masalahnya, buku-buku itu terlalu laris hingga berjaya mengutip lebih AS$700,000 (RM2,903,740)!
Lazimnya buku-buku swaterbit tidak mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Barangkali jualannya hanya mencecah belasan ribu naskhah sahaja.
Namun, apabila seseorang yang berjawatan tinggi dapat menjual buku-bukunya dengan jumlah puluhan ribu, ia menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Siapakah yang membeli buku-buku itu? Siasatan awal mendapati buku-buku tersebut diperoleh secara pukal oleh syarikat-syarikat yang mempunyai urusan perniagaan dengan beliau.
Misalnya, University of Maryland Medical System, membayar AS$500,000 (RM2,074,100) untuk 100,000 naskhah buku itu. Kaiser Permanente sebuah syarikat insurans perubatan membayar lebih AS$100,000 (RM414,820) untuk 20,000 naskhah. The Associated Black Charities pula, sebuah NGO kebajikan pula membayar AS$80,000 (RM331,856) untuk 10,000 naskhah buku-buku Healthy Holly itu.
Apabila mengumumkan peletakan jawatannya, Catherine berkata,"Saya memohon maaf kerana imej Bandaraya Baltimore dan pejabat Datuk Bandarnya telah tercemar. Baltimore seharusnya mendapat seorang Datuk Bandar yang mampu menerajui bandar raya ini.”
Kes sebegini belum lagi berlaku di negara kita. Kes sebegini belum lagi berlaku di negara kita. Minta, minta janganlah... sebab ramai juga orang politik kita ni penulis buku! Haha.