Jangan suka-suka nyalakan lampu kabus belakang kereta

Iklan
Gambar hiasan 123RF.

ISU lampu kabus belakang kereta mengganggu pengguna jalan raya lain bukanlah perkara baharu. Sudah banyak rungutan orang ramai terpapar di media sosial berhubung perkara tersebut.

Sebelum ini Merak Jalanan tidak ambil pusing, hanya membaca komen orang ramai yang mendakwa cahaya dari lampu berkenaan menyebabkan silau, sakit mata dan membahayakan pemandu lain.

Iklan
Iklan

Tetapi kali ini Merak Jalanan sendiri menghadapi situasi cemas tersebut.

Kejadian berlaku ketika pulang ke kampung halaman sempena cuti raya haji baru-baru ini dalam cuaca baik tanpa hujan, ribut mahupun kabus pada sebelah malam.

Iklan

Seperti biasa, apabila musim perayaan, sudah pasti jalan raya penuh sesak, lebih-lebih lagi laluan yang hanya mempunyai satu lorong, masing-masing cuba untuk memotong kenderaan di hadapan.

Tiba-tiba, terdapat sebuah kereta yang memotong dan berada di depan kereta dipandu Merak Jalanan dengan lampu kabus belakang warna merah menyala terang. Walaupun cuba mewujudkan jarak, tetapi sinaran cahaya yang dihasilkan masih menyebabkan silau mengganggu pemanduan Merak Jalanan.

Iklan

Terdetik di hati, adakah pemandu kereta itu lupa menutup suisnya, atau tidak mengetahui fungsi lampu berkenaan menerusi simbolnya pada tuil lampu sebelah kanan atau kiri stereng.

Pada pendapat Merak Jalanan, jurujual kereta sepatutnya memberi pesanan dengan jelas kepada pembeli bila masa sesuai menggunakan lampu kabus belakang itu. Jangan pula suka-suka menyalakannya sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

Bagi Merak Jalanan, pembeli sepatutnya ada pengetahuan tentang kereta masing-masing, bukan sekadar tahu isi minyak dan tekan pedal sahaja.

Carilah sedikit ilmu dan kenal serba sedikit fungsi pada kenderaan masing-masing supaya tidak menyusahkan orang lain.