Gerrard dedah punca pilih Al-Ettifaq

Iklan
Gerrard ketika mengendalikan sesi latihan Al-Ettifaq.

PERASAAN kekeluargaan di kelab Liga Pro Arab Saudi, Al-Ettifaq adalah antara perkara yang mencairkan Steven Gerrard untuk menerima tugas kejurulatihan bersama kelab berprestij tersebut.

Bekas kapten England dan Liverpool itu menandatangani kontrak tiga tahun minggu lalu selepas sebelum ini menyatakan dia tidak akan menerima tawaran untuk menyertai pasukan tersebut.

Iklan
Iklan

Gerrard yang berusia 43 tahun telah berubah hati menjadi nama besar terbaharu untuk menyertai liga Arab Saudi.

"Apabila saya pergi ke Arab Saudi, saya mendapat perasaan kekeluargaan yang sebenar. Ia membuatkan saya berasa dialu-alukan ke sini.

Iklan

"Ada tiga perkara yang saya sentiasa pertimbangkan mengikut urutan - ia perlu sesuai untuk keluarga saya pertama sekali. Kami harus teruja dan bermotivasi dengan cabaran.

"Kedua, saya fikir projek bola sepak perlu bercita-cita tinggi, ia perlu atas sebab yang betul, dan sudah tentu anda perlu berasa selamat dengan kontrak, tetapi ini datang pada penghujungnya," kata Gerrard di laman sosial kelab Al-Ettifaq.

Iklan

Perkembangan terbaharu ini merupakan susulan dalam beberapa tawaran berprofil tinggi sejak Al-Nassr menandatangani Cristiano Ronaldo Disember lalu.

Sementara itu, bekas penyerang sensasi kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid, Karim Benzema menyertai Al-Ittihad pada Jun lalu.

Gerrard mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukannya Robbie Fowler yang dilantik sebagai pengendali pasukan Divisyen Dua Saudi Al-Qadsiah pada Khamis.

Gerrard sebelum ini membimbing Rangers merangkul kejuaraan Liga Perdana Scotland pertama mereka dalam tempoh 10 tahun pada 2021 sebelum menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Aston Villa, di mana dia dipecat Oktober lalu.

Sebagai rekod, Al-Ettifaq menduduki tempat ketujuh dalam Liga Pro Saudi peringkat teratas musim lalu.