Tingkat pengawasan, pemantauan tangani rasuah di KLIA - EAIC

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Usaha pertingkat pengawasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang mampu menangani isu rasuah.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dalam kenyataan kepada Sinar Harian berkata, pihaknya mengalu-alukan sebarang usaha ke arah mengukuhkan lagi integriti pegawai agensi penguatkuasaan yang menjaga pintu masuk negara.

Iklan
Iklan

"Ia juga selaras dengan komitmen kerajaan untuk memartabatkan integriti dan tadbir urus perkhidmatan awam.

"EAIC amat mengalu-alukan kerana pengawasan dan pemantauan yang dipertingkatkan dapat menangani isu jenayah rasuah secara holistik," katanya pada Selasa.

Iklan

EAIC berkata demikian bagi mengulas susulan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang akan mempertimbangkan cadangan bagi menempatkan pegawainya di KLIA sebagai langkah mengekang kegiatan rasuah di pintu masuk utama negara.

Untuk rekod, EAIC berperanan sebagai suruhanjaya bebas yang berfungsi untuk menerima aduan daripada orang ramai berkenaan pegawai, anggota agensi penguat kuasa yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa, penyelewengan mahupun perkara-perkara lain yang bersabit dengan integriti.

Iklan

Khamis lalu, Sinar Harian menerusi laporan muka depan melaporkan kerajaan didesak supaya segera menempatkan pegawai SPRM di KLIA bagi mengelakkan kegiatan rasuah berleluasa dalam kalangan penguat kuasa.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, kehadiran pegawai SPRM sama ada secara disedari atau tidak, akan menjadikan mereka lebih berhati-hati dan menjaga integriti sebagai ‘penjaga’ pintu masuk negara.

Sebelum itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menghalang SPRM dan akan memberi kerjasama penuh dalam siasatan berhubung dakwaan berlaku rasuah membabitkan Jabatan Imigresen Malaysia di pintu masuk KLIA.

Jun lalu, tular di media sosial kekecohan di KLIA apabila Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing didakwa menceroboh masuk dewan ketibaan antarabangsa selepas seorang pelawat China tidak dibenarkan masuk ke negara ini oleh pihak imigresen.

Menteri berkenaan kemudian mendakwa ada 'budaya rasuah' membabitkan pegawai imigresen dalam mengurus proses ketibaan warga asing di KLIA.

ARTIKEL BERKAITAN:

SPRM kaji tempat pegawai di KLIA

SPRM timbang cadangan tempatkan pegawai di KLIA - Azam Baki

Isu KLIA: SPRM masih buru ejen minta 'duit kopi'

Tempatkan SPRM di KLIA