Dua mayat dalam kanvas tiada kaitan kongsi gelap

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin. - Gambar kecil: Christopher

MELAKA - Polis masih menyiasat identiti dua mayat lelaki bertatu yang ditemui dalam kanvas di tepi jalan di Kampung Ujong Padang di Cheng, dekat sini pada pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini siasatan mendapati penemuan mayat terbabit tiada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap.

Iklan
Iklan

"Bedah siasat yang dijalankan juga masih tidak tahu punca kematian.

"Tiada apa-apa kesan yang boleh menyebabkan kematian dan kita akan menunggu ujian kimia ke atas kedua-dua mayat itu," katanya ketika dihubungi, pada Selasa.

Iklan

Sinar Harian pada Isnin melaporkan mayat dua lelaki yang dibungkus dalam kanvas ditemui pada jam 9 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkan mengenainya kepada polis.

Christopher Patit berkata, terdapat timbunan sampah di lokasi penemuan dan mayat pertama ditemui dalam kanvas yang diikat dengan kabel tie dan tali lengkap berpakaian baju berwarna hitam dan seluar jeans pendek.

Iklan

Menurutnya, mayat kedua pula ditemui tidak berbaju dan hanya berseluar jeans pendek yang berada di sebelah mayat pertama.