'UMNO, Pas bersaing buat kebaikan bukan bermusuh akidah'

Iklan
Tangkapan skrin kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook pada Selasa

SHAH ALAM - Persaingan antara UMNO dan Pas adalah ijtihad politik iaitu perlumbaan melakukan kebaikan.

"Bukannya permusuhan akidah Islam atau bukan Islam,” tegas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Iklan
Iklan

Kenyataan beliau dipercayai merujuk kepada situasi perbalahan politik antara pemimpin kedua-dua parti itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk kenyataan sensitif melabel individu lain sebagai musuh Islam.

Ketika menjawab pertanyaan seorang netizen di ruangan komen mengenai kebaikan yang UMNO lakukan ketika ini berbanding Pas, Asyraf menyenaraikan 10 perkara berhubung perkara tersebut.

Iklan

Antaranya meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan, memperkenalkan Dasar Pendidikan Islam dan Dasar Kewangan Islam sehingga Malaysia dikenali sebagai pelopor serta peneraju sistem perbankan Islam dan takaful.

"UMNO memperkenalkan Dasar Tahfiz Negara dengan menyasarkan 125,000 huffaz profesional dan menubuhkan siaran TvAlhijrah, radio IKIM serta pelbagai siaran agama bagi menyebarluaskan Islam.

Iklan

"Banyak lagi kalau saya nak senaraikan. Justeru jangan pertikaikan komitmen dan usaha yang telah dilakukan oleh orang lain hanya kerana parti itu tiada label Islam,” katanya.