Projek ECRL di Kelantan

Iklan
Kerja-kerja pembinaan di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Tunjung sedang giat dilakukan ketika tinjauan hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan Nik Soh Yaacoub berkata pembinaan projek ECRL di Kelantan setakat ini telah mencapai 61.97 peratus melibatkan 1,500 tenaga kerja.

Kemajuan projek ketika ini melibatkan kerja-kerja pembinaan jambatan, penambatan, pemasangan cerucuk selain pembinaan stesen pertama ECRL di negeri ini juga telah dimulakan.

Kerja-kerja pembinaan projek ECRL di Kelantan dijangka siap enam bulan lebih awal berbanding tempoh asal iaitu pada Januari 2027.