Israel larang bahan api, gas masuk ke Semenanjung Gaza

Iklan
Sekatan kemasukan bahan api ke Semenanjung Gaza berlaku sejak 2012. - Foto Reuters

BAITULMAQDIS - Pihak berkuasa Israel pada Ahad melarang bahan api dan gas dibawa masuk ke Semenanjung Gaza yang diduduki rejim zionis itu, berikutan peningkatan keganasan baru-baru ini, lapor agensi berita Anadolu.

"Semua import bahan api ke Semenanjung Gaza melalui Persatuan Kemanusiaan Kerem Shalom akan dihentikan," kata Penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah (Palestin) Mejar Jeneral Kamil Abu Rukun dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

"Israel tidak akan membenarkan diesel dan petrol dibawa masuk ke Semenanjung Gaza melalui persimpangan Kerem Shalom esok," kata pegawai Israel itu.

Katanya, langkah itu diambil sebagai tindak balas terhadap bedilan roket dan peluru mortar yang disasarkan kepada pihak Israel.

Iklan

Sejak Sabtu, 25 orang Palestin termasuk dua wanita hamil dan dua bayi terkorban, manakala lebih 100 yang lain cedera akibat serangan udara Israel.

Keganasan memuncak di semenanjung itu apabila empat Palestin termasuk seorang remaja terbunuh dan 51 orang cedera selepas tentera Israel menyerang kubu Hamas pada Jumaat.

Iklan