Ijtihad politik bersifat 'matlamat menghalalkan cara' - Annuar

Iklan
Laporan Sinar Harian. Annuar (kanan).

SHAH ALAM - Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa mendakwa, persaingan UMNO-Pas yang disebut sebagai ijtihad politik oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki adalah fahaman songsang yang bersifat 'matlamat menghalalkan cara'.

Beliau mendakwa, kenyataan tersebut mengelirukan dan persaingan tidak diperlukan sebaliknya diubah berdasarkan prinsip taawun iaitu kerjasama dan taayush iaitu wujud bersama.

Iklan
Iklan

"Taawun dan taayush sebenarnya sudah terlaksana melalui gagasan MN, tapi telah digagalkan atas kepentingan individu dan bukan atas kepentingan dan prinsip Islam.

"Sekarang ada individu yang cuba mereka-reka istilah bagi menghalalkan tindakan yang salah dan telah membawa padah," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Iklan

Hantaran berkenaan membidas kenyataan dibuat Asyraf yang menyifatkan persaingan antara UMNO dan Pas adalah ijtihad politik iaitu perlumbaan melakukan kebaikan.

"Bukannya permusuhan akidah Islam atau bukan Islam," katanya.

Iklan

Kenyataan beliau dipercayai merujuk kepada situasi perbalahan politik antara pemimpin kedua-dua parti itu menjelang pilihan raya negeri (PRN) termasuk kenyataan sensitif melabel individu lain sebagai musuh Islam.

ARTIKEL BERKAITAN:

'UMNO, Pas bersaing buat kebaikan bukan bermusuh akidah'