PM perlu tangani kenaikan harga barang - Gerakan

Iklan
Parameswaran

KUALA LUMPUR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelesaikan jangkaan kenaikan harga barang sebanyak 20 peratus Ogos ini.

Naib Presidennya, Datuk G Parameswaran berkata, Perdana Menteri perlu menyelesaikan perkara ini dengan segera kerana kenaikan harga akan menambah beban besar kepada rakyat.

Iklan
Iklan

"Kalau dah semua harga barang naik, terutama makanan, apa lagi pilihan yang kita ada selain terpaksa membeli dan ikat perut.

"Sampai bila rakyat nak menderita, sedangkan saya lihat menteri kini sibuk mengejar populariti dan cari salah pembangkang selain tiada idea dilihat untuk membangunkan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Parameswaran menambah kenaikan harga barang dijangka berlaku menjelang Ogos atau September akan menyebabkan kuasa beli rakyat akan menurun.

"Tidak sampai dua bulan selepas harga ayam dan telur naik, kini media melaporkan bahawa kesemua harga barang akan meningkat. Bagaimana rakyat (mahu) hidup selepas ini.

Iklan

"Kerajaan perlu memandang serius mengenai masalah ini. Kalau tidak, ia akan menyebabkan rakyat akan sengsara terutamanya golongan B40 dan M40," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berharap rakyat sedar bahawa kerajaan hari ini tidak pernah fokus untuk menyelesaikan masalah rakyat.

"Pada masa sama, rakyat perlu membuat keputusan dengan menyelesaikan perkara ini dengan menolak kerajaan campuran iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri nanti," katanya.