KATHMANDU - Sebuah helikopter yang membawa lima penumpang warga asing dan juruterbangnya terhempas di daerah pergunungan Nepal pada Selasa, tetapi nasib mereka masih belum diketahui, kata seorang pegawai tempatan.
Helikopter malang milik Manang Air itu terputus hubungan 15 minit selepas berlepas dari Surke di daerah Solukhumbu ke Kathmandu, ketua pegawai daerah Solukhumbu Basant Bhattarai memberitahu Xinhua.