Zii Jia tak pandang belakang

Iklan
Zii Jia

PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia enggan menoleh ke belakang lagi, sebaliknya mahu 'cepat belajar' dengan jurulatihnya baharunya, Wong Tat Meng.

Menyedari masa semakin suntuk menjelang Sukan Olimpik Paris tahun depan, Zii Jia berharap dapat membentuk gadingan yang mantap dengan 'guru' baharunya itu.

Iklan
Iklan

"Ini kerana kita sudah kesuntukan masa. Dia merupakan seorang jurulatih yang begitu berpengalaman, jadi kita harapkan akan dapat membina satu persefahaman yang sangat istimewa,” katanya menerusi video yang dikongsi oleh laman rasmi Team LZJ pada Selasa.

Zii Jia mengumumkan pelantikan Tat Meng sebagai jurulatih baharunya pada Mei lalu selepas hampir enam bulan bergerak solo susulan perpisahannya dengan jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya, November tahun lalu.

Iklan

Tat Meng sebelum ini menganggap Lee Zii Jia berpotensi untuk bangkit, namun perlu mempunyai keyakinan diri terutama dalam mengatasi jangkaan tinggi diletakkan peminat terhadapnya.

Ujian pertama gandingan Zii Jia dan Tat Meng adalah menghadapi saingan Terbuka Korea 2023 yang dijadual berlangsung dari 18 hingga 23 Julai ini.

Iklan

Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan kelapan akan membuka tirai saingan menentang bekas anak didik Tat Meng dari Hong Kong, Ng Ka Long dalam aksi pusingan pertama.