Jenazah Zainuddin dibawa keluar dari kediaman di Putrajaya

Iklan
Tan Sri Zainuddin Maidin

PUTRAJAYA - Jenazah bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dibawa keluar dari kediaman beliau di Presint 10, di sini pada 8 pagi menuju ke Surau At-Thaubah, Taman Melawati untuk solat jenazah.

Jenazah dibawa keluar dari kediamannya dengan van jenazah diiringi polis trafik.

Iklan
Iklan

Solat jenazah akan diadakan di Surau At-Thaubah di Taman Melawati dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate.

Sebelum itu, saudara-mara dan sahabat handai Allahyarham mulai membanjiri kediamannya untuk membaca surah Yasin.

Iklan

Antara mereka yang hadir ialah bekas peguam negara Tan Sri Abdul Ghani Patail, bekas Penasihat Kumpulan Tanggungjawab Sosial Korporat Media Prima Bhd Datuk Ahmad A. Talib dan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Phesal Talib.

Allahyarham berusia 79 tahun meninggal dunia di Hospital Serdang 6.40 petang semalam akibat serangan jantung.

Iklan

Sebelum ini, beliau dirawat di Hospital Putrajaya sejak 12 Nov dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu setelah dikesan paru-parunya berair sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang.- Bernama