Tak sempat ziarah kubur keluarga

Iklan
Salah seorang mangsa mengalami kecederaan, manakala motosikal ditunggang Mohamad Izwan terbakar selepas pelanggaran dengan sebuah motosikal lain di simpang tiga Jalan Bumi Hijau, Kampung Banting semalam.

SABAK BERNAM - Seorang lelaki tidak sempat menziarahi kubur ahli keluarganya apabila maut dalam kemalangan di simpang tiga Jalan Bumi Hijau, Kampung Banting di sini semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang, mangsa, Mohamad Izwan Mohd Sahib, 17, yang menunggang motosikal jenis Modenas disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata, siasatan awal mendapati mangsa melanggar sebuah motosikal Yamaha Y15 dari Kampung Banting menuju ke Bagan Nakhoda Omar (BNO).

"Tiba di lokasi, mangsa dalam perjalanan dari rumahnya menuju ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Banting dipercayai keluar simpang secara tiba-tiba menyebabkan penunggang Yamaha Y15 dari jalan utama gagal membrek dan mengakibatkan pelanggaran.

Iklan

"Akibat pelanggaran itu, kedua mangsa terjatuh daripada motosikal masing-masing dan motosikal milik mangsa juga terbakar," katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke HTAJ Sabak Bernam untuk mendapatkan rawatan lanjut."Mohamad Izwan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke hospital akibat kecederaan pada bahagian abdomen manakala seorang lagi penunggang motosikal, Idham Baihaqi Nerman yang berusia 21 tahun mengalami gegaran otak.

Iklan

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.