FDAM kemuka rayuan pembatalan pertubuhan

Iklan
Zulkeflie

PENDAFTAR Pertubuhan (RoS) sudah membatalkan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) berkuat kuasa 7 Jun lalu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Pemangku Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Datuk Zulkeflie M Osman menerusi satu kenyataan rasmi pada Isnin.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun jelas Zulkeflie, FDAM kini dalam proses rayuan akibat perintah pembatalan itu.

"Pembatalan RoS ini disebabkan oleh alasan yang telah dikemukakan oleh FDAM atas aduan perlanggaran sebahagian dari akta perlembagaan yang terdahulu dan dianggap tidak kukuh bagi pihak RoS.

Iklan

"Justeru FDAM telah diberi tempoh selama sebulan untuk menyerahkan dokumen penuh rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN)," ujarnya.

Tambah Zulkeflie, pada 7 Julai lalu, FDAM menerima maklum balas dari KDN sedang meneliti rayuan dan menyemak jika ada sebarang perlanggaran akta pertubuhan yang diluluskan oleh ahli pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang berlangsung pada 11 Februari lalu.

Iklan

"EGM pernah dibuat pada 18 Januari 2020 dan sudah mendapat kelulusan daripada ahli. Malangnya, akibat aduan yang dibuat oleh ahli membuatkan proses pengesahan RoS mengambil masa dan pandemik Covid-19 melambatkan proses pengesahan.

"Sepanjang proses rayuan sedang berjalan kini, sebarang urusan rasmi termasuk bayaran yuran ditangguhkan sehingga mendapat maklum balas dan kebenaran KDN," katanya yang berharap, ahli FDAM tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.