DAP belum bincang calon Ketua Menteri Pulau Pinang

Iklan
Anthony Loke. - Foto Bernama.

PETALING JAYA - DAP masih belum membincangkan calon Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, perbincangan bersama Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengenai pelan strategi kempen masih dibincangkan serta diperhalusi bagi memastikan parti itu meraih kemenangan.

Iklan
Iklan

"Setakat ini kita belum membuat sebarang keputusan mengenai siapa calon Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Sebarang pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri forum bertajuk' Kestabilan Politik dalam Parlimen Tergantung ' pada Selasa.

Iklan

Pada 8 Julai lalu, DAP mengumumkan akan bertanding di semua kerusi yang dimenangi di empat negeri PRN 12 Ogos nanti.

Parti tersebut bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan (PH) memenangi 19 daripada 37 kerusi yang ditandingi gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di samping PKR (12), Parti Amanah Negara (Amanah), dua dan empat kerusi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang suatu ketika dulu menjadi sebahagian daripada PH.

Iklan

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, kerjasama baik antara parti dalam Kerajaan Perpaduan menjadi nilai tambah dan memberi menang di negeri berkenaan.

"Kerjasama PH dan Barisan Nasional (BN) pada PRN memberi peluang cerah untuk gabungan ini menang," katanya.