Sanusi dakwa Ahmad Zahid punca keruntuhan MN

Iklan
Muhammad Sanusi ketika siaran podcast Keluar Sekejap pada Selasa.

SHAH ALAM - Asas kepada keruntuhan gabungan Muafakat Nasional (MN) didakwa berpunca daripada tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang cuba menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dan Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau tidak pernah bermusuh dengan mana-mana ahli UMNO dalam MN dan percaya bahawa masih ada harapan untuk gabungan tersebut dihidupkan semula seperti dahulu.

Iklan
Iklan

"Dia (Ahmad Zahid) yang heret supaya runtuhnya MN supaya dia boleh buat kerjasama dengan Anwar Ibrahim. Dia punya masalah, bukan kita (Pas).

"Saya masih berpesan kepada kawan-kawan UMNO, jangan hentam teruk sangat sebab esok (mungkin) kita akan berkawan balik. Saya masih terbuka dalam hal itu, MN masih boleh dihidupkan,” katanya dalam siaran podcast Keluar Sekejap pada Selasa.

Iklan

Mengulas mengenai dakwaan bahawa Pas meninggalkan MN kerana memilih untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bawah payung Perikatan Nasional (PN), Muhammad Sanusi menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.

"Alasan yang diberi oleh UMNO ialah hang (Pas) kena tinggal Bersatu. Itu tidak masuk akal.

Iklan

"Pada kefahaman saya, asas MN ditubuhkan adalah perpaduan ummah, bukannya perpaduan Pas-UMNO.

"Jadi kalau perpaduan ummah, sesiapa yang hendak berpadu dalam persatuan ummah ini, dipersilakan, termasuk Bersatu,” ujarnya.