Sembilan maut kebakaran di pasar awam

Iklan
Sekurang-kurangnya sembilan individu terkorban dalam kejadian kebakaran di sebuah pasar awam di bandar Toluca, Mexico pada Isnin. - Gambar hiasan - Foto123RF

MEXICO CITY - Sekurang-kurangnya sembilan individu terkorban dalam kejadian kebakaran di sebuah pasar awam di bandar Toluca, Mexico pada Isnin.

Menurut pihak berkuasa, kebakaran tercetus oleh suspek yang melepaskan tembakan yang kemudian menyimbah bahan mudah terbakar sebelum melarikan diri.

Iklan
Iklan

Polis turut memaklumkan, antara yang terkorban adalah kanak-kanak di bawah 18 tahun. Usaha pengesanan suspek diteruskan dan motif kejadian masih dalam siasatan.

Ketika ini, pihak berkuasa sedang menyoal siasat pengawal keselamatan yang bertugas kerana didakwa meninggalkan tempat kejadian semasa serangan berlaku.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, kejadian seumpana ini sering dilakukan di Mexico oleh kumpulan kongsi gelap yang menuntut bayaran perlindungan daripada penjual. - Awani