Lelaki Bangladesh maut dalam mesin pengisar

Iklan
Anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa yang dipercayai terperangkap ketika bersembunyi dalam mesin pengisar sebuah kilang di Rawang di sini pada Rabu.

GOMBAK - Padah menyembunyikan diri dalam mesin pengisar ketika serbuan Jabatan Imigresen Malaysia, seorang pekerja kilang ditemui maut di sebuah kilang di kawasan perindustrian Rawang di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 9.27 pagi.

Iklan
Iklan

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikejarkan ke lokasi dan mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam mesin pengisar tersebut.

"Mangsa merupakan seorang lelaki warga Bangladesh berumur lingkungan 30 tahun dipercayai bertindak menyembunyikan diri dalam pengisar berkenaan ketika operasi pihak Imigresen pada Sabtu malam," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Iklan

Katanya, mangsa bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia sebelum pihak bomba tiba.

"Mayat kemudiannya dikeluarkan anggota bomba terlibat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Iklan