PRN: Fadhlina ingatkan pendidik jaga tatasusila

Iklan
Fadhlina memberitahu beliau menerima aduan berkenaan isu guru yang memberikan komentar di dalam media sosial pada satu hantaran di Facebook.

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sekali lagi mengingatkan semua warga pendidik agar sentiasa menjaga tatasusila di dalam dan luar khidmat semasa kehangatan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) ketika ini.

Fadhlina berkata, beliau menerima aduan berganda berkenaan isu guru yang memberikan komentar di media sosial.

Iklan
Iklan

"Kebanyakan ibu bapa dan orang awam khuatir jika ini merupakan laras bahasa dan pendekatan oleh individu yang bergelar pendidik.

"Perlu diingat, profesion guru tinggi kedudukannya dan sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat. Akhlak guru sentiasa menjadi cerminan kepada anak muridnya," katanya dalam catatan di Facebook.

Iklan

Ahli Parlimen Nibong Tebal itu menegaskan, walaupun beliau meraikan kebebasan bersuara dalam apa jua platform namun ia perlu hadir dengan semangat tabayyun (menyemak sesuatu maklumat) dan adab yang tinggi.

"Alangkah bimbangnya jika tumpuan dan inisiatif membina karamah insaniah para murid ini tidak digembleng oleh pasukan guru," ujarnya.

Iklan

Justeru, katanya, semakan dan siasatan terhadap aduan yang diterima telahpun dilaksanakan mengikut garis panduan dan ikhtisas sedia ada.