Langkah positif Izzuddin-Sze Fei di AS

Iklan
Izzuddin (kiri) dan Sze Fei mengalahkan pasangan Mexico pada pusingan pertama Terbuka AS awal pagi Rabu. - Foto Facebook BAM

BEREGU lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei boleh menarik nafas lega apabila melepasi ujian pertama selepas kembali 'bersatu' setelah menang pada pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat (AS) awal pagi Rabu.

Mereka menepati ramalan apabila mudah menewaskan pasangan Mexico, Job Castillo-Luis Navarro 21-16, 21-13 pada aksi di Mid-America Center di Council Bluffs, Iowa.

Iklan
Iklan

Pilihan ketiga kejohanan itu akan menentang gandingan tuan rumah, Chen Zhi Yi-Presley Smith bagi perebutan tiket ke suku akhir pada awal pagi Jumaat.

Berdasarkan rekod, kedua-dua pasangan ini belum pernah bertemu dalam mana-mana kejohanan antarabangsa sekaligus menjadikannya sebagai pertemuan sulung.

Iklan

Izzuddin-Sze Fei pada Januari lalu memutuskan untuk berpisah atas alasan tiada persefahaman antara mereka.

Bagaimanapun, empat bulan kemudian, mereka kembali bertaut bagi memburu impian untuk meraih tiket beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Iklan

Selepas Terbuka AS, bekas juara Terbuka Jerman dijadualkan beraksi dalam saingan Terbuka Korea dari 18 hingga 23 Julai ini dan Terbuka Jepun dari 25 hingga 30 Julai dalam usaha mereka mengutip mata untuk kelayakan ke Paris.