TUMPAT - Sebanyak RM385,000 zakat wakalah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) membabitkan bantuan kewangan bulanan, bantuan membeli motosikal roda tiga dan bantuan am diagihkan kepada asnaf.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, zakat itu adalah daripada Majlis Agama Islam Persekutuan yang diserahkan kepada PTPK untuk diagihkan kepada golongan asnaf.
Menurutnya, setakat ini sebanyak RM145,000 diagihkan kepada asnaf terpilih.
"Pemberian zakat ini mengikut keperluan asnaf dan borang permohonan perlu diisi oleh mereka.
"Kita tengok apa keperluan mereka, ada yang mendapat bantuan motosikal roda tiga, bantuan am.
"Kalau asnaf itu seorang tukang jahit, mungkin dia perlukan mesin jahit untuk menjana pendapatan," katanya.