Juri agung Georgia untuk kes Trump angkat sumpah

Iklan
Trump berdepan dakwaan berkaitan pilihan raya 2020. - Foto AFP

WASHINGTON - Juri agung Georgia yang dijangka mengendalikan kes pendakwaan terhadap bekas presiden Donald Trump berkaitan pilihan raya 2020 mengangkat sumpah, selepas proses pemilihan berlangsung selama tiga jam di mahkamah di Atlanta, pada Selasa, lapor Sputnik memetik laporan CNN.

Dua barisan panel itu, masing-masing mengandungi 23 juri agung dan tiga orang pengganti. Satu daripada dua panel ini dijangka bertanggungjawab untuk meluluskan pendakwaan terbabit.

Iklan
Iklan

Pada Januari 2021, terdapat rakaman audio yang menunjukkan Trump memberitahu Setiausaha Negeri Georgia, Brad Raffensperger untuk"mencari" undi bagi membatalkan kemenangan pilihan raya Joe Biden.

Hal ini menyebabkan Peguam Daerah Fulton, Fani Willis, melancarkan siasatan ke atas cubaan Trump untuk membatalkan undi pada Januari 2021.

Iklan

Willis mengumumkan pertuduhan terhadap bekas presiden itu pada Ogos.

Trump juga berdepan pendakwaan di New York atas tuduhan cuba menyembunyikan pembayaran sulit, serta pertuduhan persekutuan atas dakwaan bersalah mengendalikan dokumen sulit.

Iklan

Beliau menafikan semua tuduhan dan menuduh pihak pendakwa raya Demokrat cuba menghalangnya daripada bertanding dalam pilihan raya presiden 2024. - Bernama-Sputnik