Kenyataan Sanusi boleh timbulkan kebencian kaum - Anthony

Iklan
Anthony, Muhammad Sanusi

SHAH ALAM - Kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengaitkan bukan Islam paling ramai terlibat rasuah boleh menimbulkan kebencian di antara kaum dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, dakwaan itu langsung tidak berasas dan meminta Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

Iklan
Iklan

"DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab yang mengaitkan masyarakat bukan Islam di Malaysia sebagai pemberi dan penerima rasuah yang terbanyak.

"Kita mencabar Sanusi untuk mengemukakan laporan mana yang membuat kesimpulan tersebut? Di mana faktanya? Berdasarkan kajian apa?

Iklan

"Kalau tidak dapat memberikan bukti, Sanusi patut memohon maaf secara terbuka,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Muhammad Sanusi didakwa menyokong naratif Pas bahawa bukan Islam paling ramai terlibat dalam rasuah, sebagaimana dilaporkan oleh sebuah portal media.

Iklan

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah menegaskan, dakwaan yang dibuatnya adalah benar dan berdasarkan fakta.

Tambah Anthony, gejala rasuah perlu diperangi secara bersama dan setiap orang yang terlibat adalah salah, tidak kira latar belakang kaumnya.

"Rasuah tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana kaum sama sekali. Salah tetap salah, tak kira siapa.

"Kenyataan berulangan seperti ini membuktikan bahawa PN adalah perosak kepada keharmonian antara kaum di Malaysia dan perlu ditolak oleh masyarakat majmuk kita demi perpaduan rakyat Malaysia,” jelasnya.