Harga petrol, diesel kekal hingga 19 Julai

Iklan
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh bermula esok sehingga 28 Jun ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh bermula esok hingga 19 Julai, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

MOF dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan RON97 kekal dengan harga RM3.37 seliter, RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel sebanyak RM2.15 seliter.

Iklan
Iklan

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut MOF.

Kementerian itu memberitahu, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama

Iklan

Iklan