Tottenham pertaruh kudrat Solomon

Iklan
Manor Solomon

KELAB berprofil tinggi Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur berjaya menyambar khidmat Manor Solomon secara percuma apabila pemain sayap Israel itu bersetuju dengan perjanjian lima tahun, kata kelab itu pada Selasa.

Sebagai rekod, pemain berusia 23 tahun itu bersama gergasi liga Ukraine, Shakhtar Donetsk namun menghabiskan musim lalu secara pinjaman di Fulham.

Iklan
Iklan

Ia apabila badan induk bola sepak dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membenarkan pemain menggantung kontrak mereka dengan kelab Ukraine akibat perang dengan Rusia.

"Pemain antarabangsa Israel itu telah bersetuju dengan perjanjian bersama kelab Tottenham Hotspur yang akan berlangsung sehingga 2028, tertakluk kepada kelulusan antarabangsa dan permit kerja," kata Spurs dalam satu kenyataan.

Iklan

Sebelum ini, Solomon bermain 106 kali untuk Shakhtar, memenangi kejuaraan liga domestik dua kali dan menjaringkan 22 gol.

Solomon kelahiran Kfar Saba memulakan karier bola sepak profesional bersama kelab liga Israel, Maccabi Petah Tikva pada 2016

Iklan

Sebagai rekod dia mempunyai 35 penampilan untuk Israel, menjaringkan tujuh gol.

Di Fulham, dia menjaringkan lima gol dalam semua pertandingan dalam lima perlawanan berturut-turut untuk kelab London itu.