Padah miliki senjata tiruan

Iklan
Baharuddin (kiri) menunjukkan antara laras senjata tiruan yang dirampas polis daripada suspek dalam tangkapan di hadapan sebuah masjid di Seksyen 19, Jumaat lalu.

SHAH ALAM - Minat memiliki senjata api tiruan memakan diri dua individu apabila ditahan polis di kawasan parkir sebuah masjid di Seksyen 19, Jumaat lalu.

Ketika ditahan, kedua suspek dalam keadaan mencurigakan dan dilihat sedang menyimpan barangan di dalam bonet sebuah kereta dan raga sebuah motosikal.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, kedua suspek itu dilihat dalam keadaan mencurigakan oleh orang awam sebelum tindakan mereka itu kemudian dilaporkan kepada pihak polis.

"Siasatan awal dijalankan mendapati kedua suspek ini mempunyai pekerjaan tetap yang mana salah seorang daripada suspek bekerja sebagai eksekutif manakala seorang lagi merupakan seorang kontraktor.

Iklan

"Semasa pemeriksaan ke atas dua kenderaan terbabit, polis telah menjumpai barang seperti selaras senapang automatik menyerupai senapang sebenar jenama HK 416, sepucuk pistol menyerupai pistol sebenar jenama Glock 32c, sepucuk pistol menyerupai pistol sebenar jenama 18c Tactical.

"Pemeriksaan turut menemukan seunit Laser Radiation Emitted Class 3b Laser, beberapa kelopak pelbagai jenama, sekotak warna hitam tertera tulisan glock, dua botol kecil berisi biji manik, sebotol spray silicone jenama Mr. Spray Man, sebuah beg senapang warna hitam tanpa jenama, seunit klip holder tanpa sebarang jenama, dua unit klip teropong tanpa jenama dan juga beberapa peralatan pemutar skru termasuk 'allen key' pelbagai saiz," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.

Katanya, setakat ini pihak polis masih menyiasat tujuan sebenar kedua suspek memiliki senjata-senjata tiruan ini.

"Motif dan tujuan utama kedua suspek adalah sekadar minat di mana mereka memiliki senjata tersebut selama lebih kurang empat tahun lebih sehingga sekarang dengan cara mendapatkannya melalui pembelian secara cara online menerusi aplikasi Facebook.

"Namun, polis juga masa sama sedang menyiasat punca sebenar kedua suspek ini memiliki senjata tiruan ini termasuk dari mana suspek mendapatkannya," katanya.

Menurutnya, kedua suspek kini ditahan di IPD Shah Alam untuk tindakan selanjutnya.

"Kedua suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjatapi 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan," katanya.