Surat mengandungi 'jari manusia' dikirim ke Istana Elysee - Laporan

Iklan
Istana Elysee - Foto AFP/Getty Images

MOSCOW - Sepucuk surat mengandungi ‘jari manusia’ yang sudah putus dihantar ke Istana Elysee di Paris sebelum sambutan Hari Bastille, hari kebangsaan Perancis, pada 14 Julai, lapor Sputnik memetik media Perancis pada Rabu.

Perkhidmatan Istana Elysee menerima surat itu antara 9 dan 10 Julai, lapor majalah Valeurs Actuelles memetik sumber.

Iklan
Iklan

Menurut majalah itu, jari berkenaan kini disimpan di dalam peti sejuk tempat polis menyimpan makanan dan motif kejadian masih belum dapat dipastikan.

Pemilik jari berkenaan telah pun ditemukan dan lelaki itu kini dijaga oleh pihak yang berkaitan, lapor media.

Iklan

Istana Elysee belum memberikan sebarang kenyataan mengenai kejadian itu. - Bernama/Sputnik

Iklan