Perbanyak akses perkhidmatan pulihkan penagih dadah

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa. Gambar kecil: Hafizi Harun

SHAH ALAM - Kerajaan perlu memperbanyakkan akses atau capaian perkhidmatan memulihkan pengguna dadah agar mereka mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian seperti pendekatan farmakologi, psikososial dan kesihatan mental.

Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Hafizi Harun berpandangan, pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) perlu bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menyediakan rawatan bersesuaian untuk pengguna dadah yang turut mempunyai masalah kesihatan mental.

Iklan
Iklan

Sinar Harian pada 11 Julai melaporkan, penagihan dadah dalam negara berada pada paras membimbangkan apabila anggaran terkini menunjukkan 1,097,408 rakyat Malaysia terjerumus ke dalam najis dadah.

Lebih menyedihkan kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, 328,640 daripada jumlah itu adalah mereka yang berumur 15 hingga 29 tahun.

Iklan

Mengulas lanjut, Hafizi menjelaskan, keberkesanan usaha membanteras gejala dadah tidak boleh dilihat dari sudut jumlah tangkapan atau pengurangan jumlah penagih di dalam negara semata-mata kerana tidak semua yang menggunakan dadah itu adalah penagih.

Menurutnya, segelintir daripada mereka yang menggunakan dadah hanya secara eksperimentasi dan rekreasi.

Iklan

"Jika semua pengguna dadah dilabel sebagai penagih, golongan yang baru menggunakannya atau secara rekreasi ini akan mengalami kesan pada masa depan mereka dari segi kerjaya dan stigma sosial jika ditangkap atau mempunyai rekod jenayah.

"Sekiranya fokus utama adalah kepada tangkapan, ia menyebabkan ramai pengguna dadah menyembunyikan penagihan, sekali gus meminggirkan diri dan akan menyukarkan usaha untuk mendampingi mereka,” ujarnya.