"Sanusi perlu buat taubat Nasuha'' - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid, Muhammad Sanusi

PUTRAJAYA - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor perlu melakukan taubat nasuha selepas mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya memandai-mandai dan menggunakan titah Agong untuk tubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, fakta BN dan Pakatan Harapan (PH) dititah untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum (ke-15) bagi membentuk kerajaan adalah tidak dapat disangkal lagi.

Iklan
Iklan

"Saya harap taubat nasuha diutamakan oleh beliau," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi) dekat sini pada Khamis.

Menurutnya, tidak semua perkara boleh dijadikan kempen yang akhirnya merosakkan diri sendiri.

Iklan

Beliau bagimanapun enggan melayan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu kerana ia akan menjadi isu mengarut berbahas dengan pihak yang tidak begitu bijaksana mentafsir.

Muhammad Sanusi dilaporkan membuat dakwaan berhubung perkara itu di dalam ceramah Jelajah Selangor pada Selasa lalu.

Iklan

Selain itu, beliau juga didakwa menghina Sultan Selangor dan meremehkan pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.