Pemilik Toyota Alphard guna 'strobe light' dicari polis

Iklan
Polis akan memanggil pemilik Toyota Alphard yang dikesan menggunakan 'strobe light' ketika melalui Lebuhraya NKVE pada Rabu.

PETALING JAYA - Pemilik Toyota Alphard yang dikesan kerana menggunakan lampu mata arah (strobe light) di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), di sini pada Rabu akan dipanggil polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, kejadian itu telah tular di media sosial Facebook memaparkan kenderaan itu menggunakan 'strobe light' tanpa kebenaran.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan rakaman perakam papan pemuka kenderaan (dashcam), kejadian berlaku kira-kira jam 6.20 petang.

"Hasil pemerhatian, insiden itu tidak melibatkan kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.

Iklan

Beliau berkata, kes disiasat oleh Inspektor Mohamad Khairil Helmi di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959.

Katanya, polis mengingatkan serta memohon semua pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

Iklan

"Pihak polis tidak akan berkompromi kepada mana-mana pemandu yang memandu secara merbahaya dan akan memanggil tindakan tegas kepada mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang," ujarnya.