SAN FRANCISCO - Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan pemilik Twitter, Elon Musk pada Rabu berkata, beliau akan melancarkan syarikat permulaan kecerdasan buatan (AI) yang dipanggil xAI untuk"memahami realiti", lapor Xinhua.
Di laman sesawangnya syarikat itu berkata, xAI adalah syarikat berasingan daripada X Corp milik Musk, tetapi akan bekerjasama rapat dengan X (Twitter), Tesla dan syarikat lain untuk merealisasi misi.