Hina Sultan: PN kena mohon maaf

Iklan
Juwairiya

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) perlu mengeluarkan permohonan maaf serta-merta susulan tindakan Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mempertikaikan kewibawaan institusi diraja Selangor dalam urusan pemilihan Menteri Besar Selangor.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli turut menggesa PN tidak lagi mengaitkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam kempen pilihan raya dan ceramah politik.

Iklan
Iklan

"Institusi diraja adalah berdaulat dan tidak seharusnya dilemparkan dengan tuduhan tidak berasas demi meraih sokongan.

"Malah baginda telah bertitah pada 19 Jun 2023 mengingatkan agar parti politik tidak memainkan isu agama, kaum dan isu sensitif lain yang boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan kelak," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau menyeru titah Sultan Selangor itu dihormati dan ditaati sepanjang tempoh berkempen.

Pada Khamis, beberapa laporan polis telah buat terhadap Muhammad Sanusi berhubung kandungan ceramah yang didakwa meremehkan urusan pelantikan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai menteri besar oleh Sultan Selangor.

Iklan

Kandungan ceramah itu telah dimuat naik di banyak saluran media sosial seperti YouTube, TikTok, Facebook serta Twitter sejak Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Itu sikap sebenar Sanusi' - Amirudin

Hina Sultan: AMK Selangor akan buat laporan polis terhadap Sanusi

"Sanusi perlu buat taubat Nasuha'' - Ahmad Zahid

'Kenyataan Menteri Besar Kedah melampau, kurang ajar'

Hina Sultan: AMK Selangor buat laporan polis

Hina Sultan: Pihak berkuasa perlu buka kertas siasatan terhadap Sanusi