Norza dilantik ahli Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Asia

Iklan
Norza -Foto: Agensi

PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria meluahkan keterujaan untuk menabur bakti dalam pergerakan Olimpik di peringkat benua selepas dilantik menduduki Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Asia (OCA).

Norza dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sukan OCA bagi penggal 2023-2027.

Iklan
Iklan

Pelantikan itu dibuat oleh Presiden OCA yang baharu dipilih, Sheikh Talal Fahad Al-Sabah.

Sebelum pelantikan ini, Norza adalah ahli Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa OCA bagi penggal 2019-2023.

Iklan
Iklan

"Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Sheikh Talal atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk berada dalam barisan beliau bagi mempromosikan pergerakan Olimpik di Asia ke tahap yang lebih tinggi,” ujar Norza.