RM553,927 dadah dirampas dalam tempoh tiga hari

Iklan
Mohd Kamarudin

KUALA LUMPUR - Polis merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM553,927 sepanjang tempoh tiga hari Op Tapis Khas 3 dijalankan sejak Isnin hingga Rabu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, nilai itu membabitkan 202.57 kilogram dan 2,789 liter pelbagai jenis dadah termasuk pokok ganja yang berjaya dirampas dalam operasi itu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, dalam tempoh itu seramai 4,718 individu berusia 14 hingga 70 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam pelbagai kesalahan dadah.

Mohd Kamarudin berkata, daripada jumlah itu 2,272 adalah penagih dadah diikuti lain-lain kesalahan (1,542), pengedar (655) dan orang yang dikehendaki (249).

Iklan

"Selain itu PDRM juga mengambil tindakan Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dan menyita pelbagai aset dianggarkan bernilai RM418,160,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Kamarudin juga berkata, Op Tapis Khas yang dijalankan sejak Januari hingga semalam menyaksikan 12,639 individu ditahan dan polis merampas 2,304 kilogram serta 3,967 liter pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM22,158,480.

Iklan

Beliau berkata, objektif operasi khas itu antaranya untuk mengesan dan menangkap pengedar dadah di kawasan tumpuan yang dikenal pasti, memusnahkan sarang penagihan dadah, mengambil tindakan terhadap penagih tegar serta mengesan dan menangkap orang dikehendaki atas kesalahan dadah.

"PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) terus berusaha membanteras kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

"PDRM berharap masyarakat terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka talian utama JSJN 012-208 7222," katanya. - Bernama