PUTRAJAYA - Pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri Ogos depan usah ‘tunduk’ dengan politik wang sebaliknya perlu melaksanakan kewajipan mereka secara bertanggungjawab, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Program Pemimpin-Pemimpin PKS di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Khamis, beliau berkata, setiap rakyat perlu mempunyai nilai dan integriti serta tidak terlibat dengan rasuah sehingga menjual negara.