PUTRAJAYA - Kerajaan masih mencari ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low meskipun sejumlah wang dari dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang disalahguna, telah diperolehi semula.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, banyak wang telah hilang dan terdapat bukti menunjukkan Jho Low mengambil wang itu dari 1MDB.
Iklan
Iklan
"Masih banyak lagi duit yang hilang, yang kita dapat itu tak banyak, kurang daripada RM2 bilion.
"Dia curi duit dari 1MDB RM42 bilion, siapa dapat duit itu, siapa yang simpan duit dan ada di mana," katanya pada sidang media khas bersempena Ulang Tahun Pertama Pentadbiran Pakatan Harapan di sini, hari ini.
Beliau berkata, meskipun kini pihak berkuasa mempunyai masalah untuk mencarinya namun mereka sudah separuh jalan untuk menemuinya. - Bernama